Rabu, 30 November 2011

SEMOGA BERJAYA KEPADA CALON PSV SPM 2011!!

  Besok (1 Disember) merupakan hari untuk calaon-calon PSV SPM menjawab soalan Kertas 2. Cikgu nasihatkan agar kalian pastikan ada membawa peralatan melukis dan mewarna yang mencukupi (jangan harap nak meminjam ngan kawan je...). Elakkan dari membuang masa dalam proses membuat lakaran. Buat dalam 5-6 minit je lakaran tu. Tak payah tekan sangat pensel tu sebab kalau silap, susah....lagi nak memadamnya. silap2 kertas boleh rosak dibuatnya . Masa yang selebihnya adalah untuk proses mewarna dan membuat perincian lukisan. Pastikan juga hasil karya kamu tu kemas ye.
             Selamat Berjuang dan Semoga Berjaya mendapat A+ untuk subjek PSV :)))

Jumaat, 25 November 2011

Soalan PSV kertas 2 SPM 2011

 Soalan dah diberi, pada pendapat saya soalan-soalannya agak mudah namun calon-calon haruslah memilih berdasarkan kemampuan diri dan bukannya terikut-ikut dengan pilihan rakan-rakan. Untuk info lanjut, sila klik pada page yang saya buat khas untuk kertas soalan PSV 2 ini. (Ada kat tepi sebelah kiri blog). Selamat membaca :)

Rabu, 23 November 2011

Penyerahan wang bantuan persekolahan RM100....

  Pagi tadi saya terlibat dalam membahagikan wang bantuan persekolahan kepada ibu bapa. Sebenarnya ini merupakan hari kedua penyerahan wang dilaksanakan memandangkan sekolah kami memberi peluang kepada mana-mana ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk datang kelmarin agar datang pada hari ini.
  Hadiah yang diberikan oleh pihak kerajaan ini disambut dengan perasaan gembira dan lapang dada oleh ibu bapa terutamanya yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. Wang ini seharusnya dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan untuk sessi persekolahan tahun depan. Namun, agak mengecewakan apabila ada beberapa pelajar yang menganggap duit itu hak mutlak mereka dan mereka berhak menggunakannya untuk tujuan mereka sendiri.
  Saya sendiri sempat melihat insiden pertengkaran kecil diantara anak dan ibunya setelah menerima wang. Si ibu mahu anaknya menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah di koperasi sekolah, tapi si anak pula berdegil tidak mahu. Sedih juga melihat keadaan ibu pelajar tersebut yang bengang kerana anaknya tidak mahu mendengar kata. Dalam satu lagi insiden lain, seorang pelajar perempuan cepat-cepat merebut duit dari tangan cikgunya sebelum sempat cikgu tersebut meyerahkan kepada ibunya. Ada ke patut??
  Ironinya, semasa sessi penyerahan wang, hampir 90% ibu bapa datang ke sekolah. Namun semasa mesyuarat PIBG atau majlis-majlis lain anjuran sekolah, peratus kehadiran ibu bapa amat mengecewakan! Tak sampai 50% ibu bapa yang hadir. Kelmarin, ada seorang bapa pelajar yang mempunyai masalah kehadiran, datang untuk mengambil wang. Bila guru kelasnya bertanya kenapa sebelum ini bapa pelajar ini tidak pernah datang ke sekolah walaupun telah di kirim surat amaran ketidakhadiran anaknya serta di telefon beberapa kali oleh pihak sekolah?? Bapa pelajar tersebut mulalah memberi seribu satu alasan yang tidak munasabah....hmmm....sabor je lah!
  Harapan saya agar wang yang telah diberikan dapat dibelanjakan untuk keperluan persekolahan anak-anak dan bukan untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya.....

Selasa, 22 November 2011

Cadangan Aktiviti Semasa Cuti Sekolah Akhir Tahun 2011.....

  Cuti sekolah kembali lagi, maka berseri-serilah wajah pelajar-pelajar kita kerana boleh berehat, berekreasi, jalan-jalan bersama keluarga dan pelbagai lagi aktiviti yang seronok. Kami pula sebagai warga pendidik pun tumpang gembira jugalah sebab ye lah kan....cuti...siapa yang tak happy kan? Walaubagaimanapun, jangan salah sangka ya, guru-guru ni nama je cuti...tp banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan terutamanya yang berkaitan laporan-laporan, masukkan markah secara on-line, kemaskini fail-fail pelajar,fail-fail matapelajaran, membuat persediaan mengajar untuk tahun berikutnya dan macam-macam lagilah. Ramai juga guru yang terlibat dalam menjaga peperiksaan SPM dan STPM..., maka cuti pun kuranglah untuk mereka ini. Tapi takpelah kan...demi anak bangsa kita juga :)
   Di pihak ibu bapa pula, bila menjelang cuti sekolah terutamanya yang panjang, ramai yang pening kepala atas pelbagai sebab, antaranya ialah pening memikirkan nak bawa anak berjalan ke mana, duit perbelanjaan untuk bawa jalan-jalan, terpaksa meninggalkan anak dirumah bersendirian sementara mereka keluar bekerja, anak-anak asyik bergaduh dengan adik beradik (biasanya berlaku bila mereka dah boring sangat-sangat kat rumah) dan banyak lagilah. Sebenarnya masa cuti yang panjang ini terdapat banyak benda yang boleh dibuat bersama anak-anak selain daripada bawa berjalan yang pastinya mengeluarkan banyak duit. Antaranya ialah bermain 'board game' bersama seperti permainan 'Monopoly','Scrabble','Chess' dan banyak lagi permainan-permainan papan yang menguji minda dan boleh dimain oleh ramai pemain. Aktiviti ini menyeronokkan dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Satu lagi aktiviti ialah menggalakkan anak-anak membaca majalah, suratkhabar dan ensaiklopedia (jika ada) semasa cuti. Adakan pertandingan ke, supaya mereka lebih bersemangat untuk membaca. Sekiranya ibu bapa pun turut mengambil cuti, gunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti mengemas rumah, memasak, berkebun, bertukang bersama anak-anak. Selain memberi contoh teladan yang baik, kita akan dapat bersembang dan mengenali anak-anak dengan lebih dekat. Zaman sekarang ni ramai remaja yang suka memendam perasaan dan menyembunyikan identiti sebenar daripada ibu bapa, jadi sentiasalah berwaspada dan jadilah 'kawan' baik kepada anak.
   Kepada pelajar-pelajar, gunakan masa cuti ini untuk merehatkan minda dengan cara yang positif. Jika ada bakat dalam apa jua bidang seperti melukis, menjahit,menangkap gambar,memasak,bermain alat muzik dan sebagainya, inilah masanya untuk memupuk dan meningkatkan kemahiran dengan membuat latihan-latihan secara bersendirian, bersama rakan dan yang paling best ialah dengan keluarga :) Mana-mana pelajar yang dapat buku teks awal tu, silalah baca buku-buku tu sepanjang cuti supaya apabila bermula sessi persekolahan tahun hadapan, kamu sudah ada pengetahuan sedia ada dan lebih senang untuk memahami apa yang diajar oleh guru.
  SELAMAT BERCUTI! :)

Sabtu, 19 November 2011

Projek guru perintis kerja 9 jam sehari DIMANSUHKAN :)

 Saya sangat-sangat bersyukur apabila melihat buletin utama jam 8 tadi apabila TPM mengumumkan bahawa cadangan guru bekerja 9 jam sehari dimansuhkan. Rasionalnya ialah tidak mahu membebankan guru  (hmmm...tau takpe...). Eh, bukankah hari tu kata projek ni bertujuan nak meringankan beban guru, yang mana satu ni??? Walaupun negeri saya tak terlibat dalam senarai negeri-negeri perintis, saya sebagai seorang guru sangat-sangat memahami perasaan rakan-rakan seperjuangan dan sekarang ni saya tumpang gembira bersama semua guru-guru yang ada di Malaysia :)
 Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian kerana mendengar keluhan guru-guru. Sepertimana yang saya tulis dalam topik sebelum ini, bekerja selama 9 jam bukan masalah bagi saya dan mungkin juga untuk kebanyakkan guru, tetapi kesan perlaksanaannya kepada murid adalah sesuatu yang perlu dikaji semula.

Rabu, 16 November 2011

Guru bekerja 9 jam mulai tahun 2012....

  Rasanya tak lengkap blog ini jika tidak menulis tentang isu yang sedang hangat diperkatakan oleh  guru-guru 1 Malaysia iaitu isu tambahan waktu bekerja guru dari 6 jam ke 9 jam mulai tahun 2012. Setelah membaca pendapat-pendapat dari pelbagai pihak dari pelbagai sumber, bolehlah saya simpulkan bahawa majoritinya kurang bersetuju...., kalau ada yang bersetuju pun, setuju denga syarat. Walaupun pada peringkat awal (percubaan selama 6 bulan) sekolah yang terlibat hanya 4 buah sahaja....namun ia tetap menimbulkan reaksi kurang senang dikalangan guru. Bagi penjawat awam yang lain, mereka kebanyakkanya bersetuju dengan perubahan ini dan memandang sinis terhadap sikap guru-guru yang dikatakan lemah, malas, tak berani nak menyahut cabaran, suka merungut, demanding dan macam-macam lagi. Hmmmm.....,agak kecewa juga bila membaca komen-komen yang memperlekehkan bidang kerja guru yang kononnya terlalu senang, kurang stress, tak banyak kerja tapi banyak cuti....dll, tapi bila difikirkan, buat apalah nak melenting, ye tak? Hanya tuan empunya badan yang tahu betapa 'STRESS' nya bekerja sebagai guru ini kerana kami berhadapan dengan kerenah anak murid yang pelbagai dan ramai setiap hari. Ibu bapa yang mempunyai anak 3 ke 4 orang pun boleh stress, ni kan pula kami sebagai guru yang perlu menangani sekurang-kurangnya 40 ke 50 orang murid dalam setiap kelas. Kalau mau disenaraikan beban tugas guru di sini, rasanya terlalu banyak...,jadi tak payahlah....nanti orang lain kata guru-guru ni berkira pula...macam tak ikhlas je nak bekerja.
  Kembali pada isu yang sebenar, saya sebenarnya tidak boleh kata setuju ataupun tidak kerana belum mempunyai maklumat sebenar tentang kaedah perlaksanaan sistem ini di sekolah. Bagi saya, 9 jam masa bekerja bukanlah satu masalah bagi kami sebagai warga pendidik kerana sebelum ini masa bekerja kami untuk sehari melebihi daripada 9 jam sebenarnya. Ramai orang tidak menyedari hakikat ini...,asyik kata guru kerja setengah hari je...,dengkilah tu...:P
  Sebenarnya yang menjadi kebimbangan saya dan kebanyakkan guru ialah tentang kebajikan pelajar itu sendiri! Guru tetap guru, sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar berbanding diri sendiri, dan dalam isu ini....saya sendiri terfikir tentang makan minum mereka, perbelanjaan harian mereka yang semakin bertambah, kurangnya masa rehat mereka, kurangnya masa bersama keluarga dan macam-macam lagi. Bagi yang bakal balik sekolah jam 6.30 petang tu, tidakkah ianya terlalu lewat? Di negeri Sabah dan Sarawak, 6.30 petang tu dah Maghrib dah tu! Bagaimana dengan pelajar yang balik dengan berjalan kaki, naik bot, naik turun bas sampai 3 kali untuk sampai kerumah??? Bahaya sungguh jika mereka ini balik lewat terutamanya bagi pelajar-pelajar perempuan!
  Walau apapun, saya amatlah berharap JIKA sistem ini akan dilaksanakan di semua sekolah kelak, kebajikan pelajar dan guru perlu dipandang serius kerana proses P&P hanya akan berkesan sekiranya minda pelajar dan guru berada di tahap yang normal dan bukannya dalam keadaan tertekan. Tambahlah waktu bekerja dan waktu belajar sampai 20 jam sekalipun....,ianya tidak akan mendatangkan hasil positif kepada pelajar sekiranya tempat utk menyimpan ilmu @ otak berada  dalam keadaan yang penat dan berserabut!
P/S:  terkenang salah satu rangkap lagu yg selalunya famous masa sambutan hari guru.... " aku takkan bertanya....apakah nanti balasannya....setiap pengorbanan, setiap pemberian demi satu ikatan....,keikhlasan di hati....walaupun sering kau ragui...pada suatu masa dan suatu ketika akan ketara jua...."

SPM 2011- Perjuangan sudah bermula...

  Pada 14 Oktober 2011 maka bermulalah satu peperiksaan yang bakal menentukan masa depan seorang pelajar  iaitu SPM. Ada pelajar yang tenang....je...sbb persediaan sudah cukup, ada yang menggelabah baru nak baca buku....,yang tak bestnya ada yang datang dengan selamba....otak kosong, sekadar nak cukupkan syarat utk dapatkan sijil kerana lepas SPM sudah ada peluang utk mereka melanjutkan pelajaran ke kolej2 berbayar (kes mak bapak kayo lah ni) atau paling tidak pun lepas SPM mereka akan terus bekerja di syarikat atau kedai kepunyaan PAMA (papa n mama yg punye...hehehe).
  Apapun senarionya, cikgu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semoga berjaya. Bagi yg baru nak study last2 minute ni..., nasihat cikgu..., study smart, x boleh dah nak study hard....nanti pengsan pula masa nak menjawab soalan sebab tak cukup tidur(Hampir terjadi kat sekolah saya pada hari kedua SPM.).Satu lagi, kurangkan atau berhentikan dahulu semua aktiviti2 yang mengganggu seperti melayari laman sosial berjam2...,main game smpai tak ingat dunia.., chatting smpai ke subuh....,dan tidur yang berlebihan!
  ALL THE BEST TO ALL SPM CANDIDATES 2011 :)