Selasa, 22 November 2011

Cadangan Aktiviti Semasa Cuti Sekolah Akhir Tahun 2011.....

  Cuti sekolah kembali lagi, maka berseri-serilah wajah pelajar-pelajar kita kerana boleh berehat, berekreasi, jalan-jalan bersama keluarga dan pelbagai lagi aktiviti yang seronok. Kami pula sebagai warga pendidik pun tumpang gembira jugalah sebab ye lah kan....cuti...siapa yang tak happy kan? Walaubagaimanapun, jangan salah sangka ya, guru-guru ni nama je cuti...tp banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan terutamanya yang berkaitan laporan-laporan, masukkan markah secara on-line, kemaskini fail-fail pelajar,fail-fail matapelajaran, membuat persediaan mengajar untuk tahun berikutnya dan macam-macam lagilah. Ramai juga guru yang terlibat dalam menjaga peperiksaan SPM dan STPM..., maka cuti pun kuranglah untuk mereka ini. Tapi takpelah kan...demi anak bangsa kita juga :)
   Di pihak ibu bapa pula, bila menjelang cuti sekolah terutamanya yang panjang, ramai yang pening kepala atas pelbagai sebab, antaranya ialah pening memikirkan nak bawa anak berjalan ke mana, duit perbelanjaan untuk bawa jalan-jalan, terpaksa meninggalkan anak dirumah bersendirian sementara mereka keluar bekerja, anak-anak asyik bergaduh dengan adik beradik (biasanya berlaku bila mereka dah boring sangat-sangat kat rumah) dan banyak lagilah. Sebenarnya masa cuti yang panjang ini terdapat banyak benda yang boleh dibuat bersama anak-anak selain daripada bawa berjalan yang pastinya mengeluarkan banyak duit. Antaranya ialah bermain 'board game' bersama seperti permainan 'Monopoly','Scrabble','Chess' dan banyak lagi permainan-permainan papan yang menguji minda dan boleh dimain oleh ramai pemain. Aktiviti ini menyeronokkan dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Satu lagi aktiviti ialah menggalakkan anak-anak membaca majalah, suratkhabar dan ensaiklopedia (jika ada) semasa cuti. Adakan pertandingan ke, supaya mereka lebih bersemangat untuk membaca. Sekiranya ibu bapa pun turut mengambil cuti, gunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti mengemas rumah, memasak, berkebun, bertukang bersama anak-anak. Selain memberi contoh teladan yang baik, kita akan dapat bersembang dan mengenali anak-anak dengan lebih dekat. Zaman sekarang ni ramai remaja yang suka memendam perasaan dan menyembunyikan identiti sebenar daripada ibu bapa, jadi sentiasalah berwaspada dan jadilah 'kawan' baik kepada anak.
   Kepada pelajar-pelajar, gunakan masa cuti ini untuk merehatkan minda dengan cara yang positif. Jika ada bakat dalam apa jua bidang seperti melukis, menjahit,menangkap gambar,memasak,bermain alat muzik dan sebagainya, inilah masanya untuk memupuk dan meningkatkan kemahiran dengan membuat latihan-latihan secara bersendirian, bersama rakan dan yang paling best ialah dengan keluarga :) Mana-mana pelajar yang dapat buku teks awal tu, silalah baca buku-buku tu sepanjang cuti supaya apabila bermula sessi persekolahan tahun hadapan, kamu sudah ada pengetahuan sedia ada dan lebih senang untuk memahami apa yang diajar oleh guru.
  SELAMAT BERCUTI! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan