Khamis, 31 Mac 2011

Illustration Marker...

 Minggu ni saya mengajar pelajar2 tingkatan 3 tentang salah satu alat yang berada dalam kategori Lukisan iaitu 'Illustration Marker'. Ini merupakan kali pertama saya cuba memperkenalkan alat ni kepada pelajar dan nampaknya mereka amat teruja untuk mencuba. Penggunaan Illustration marker ni sebenarnya mempercepatkan proses mewarna dan amat berguna sekiranya anda adalah seorang designer. Walaupun harganya agak mahal, namun ianya berbaloi dari segi penjimatan masa semasa proses mewarna. Contoh marker rendering untuk interior design....

Selasa, 29 Mac 2011

Senario keputusan SPM 2010.....

  Minggu lepas keputusan SPM 2010 telahpun diumumkan...., rasa berdebar-debar juga untuk melihat pencapaian pelajar-pelajar yang dikasihi. Batch tahun 2010 merupakan batch kedua yang mana saya telah mengajar majoriti daripada pelajar-pelajar ini semenjak dari tingkatan satu lagi (Oh!I feel so OLD now!!Isk!Isk!)
  Mula-mula sekali mestilah check result subjek PSV...hehe...haruslah kan :) Syukur Alhamdulillah....keputusannya 100% lulus. Dari segi kualitinya pun lebih baik dari tahun lepas :D
4 orang pelajar berjaya mendapat A-. Tahniah cikgu ucapkan! Sebagai penghargaan, cikgu mentionlah juga nama2 korang di sini, semoga kejayaan kalian menjadi inspirasi kepada adik2 yang bakal menduduki SPM yang akan datang. Calon-calonnya ialah (Ttrrrrrrr....bunyi drum hehehe):- Datu Afiq Datu Ruslan, Nur Ain Adarun, Mohd.Syukri Hashim dan Brenda Bildram. Mudah-mudahan perjalanan kamu dalam bidang seni tidak terhenti setakat itu sahaja....;)
   Sepanjang sessi pengambilan slip keputusan SPM, macam-macam gelagat yang timbul. Ada yang gembira, ada yang sedih, dan tidak kurang juga yang langsung tiada perasaan apa-apa! Golongan yang ketiga tu memang sah ada masalah mental! Kesiaann.....:) Selain daripada gelagat, fesyen pun macam-macam juga yang timbul pada hari tu. Yelah....bagi yang lelaki, inilah masanya mau tunjuk rambut masing2 setelah 5 tahun berfesyen klip no.2, bagi yang perempuan pula, nilah masanya mau buka aurat (sad but true)....setelah 5 tahun terpaksa bertudung disekolah. Yang lelaki, saya xda hal punya kecuali yang mewarna warni kan rambut serupa kendurau (istilah orang brunei,istilah omputihnya -SKUNK!) Yang rambut kaler2 tu sah2 lah x dapat sembahyang kan, so memang masalah la tu! Yang perempuan ni, saya sedih sangat2!! Tak pakai tudung tu satu hal, yang pakai baju seksi meksi tu memanglah satu penyakit! Pastu mereka buat-buat x nampak dan x kenal saja guru2 yang pernah mengajar...,dorang ingat kalau buka tudung, cikgu2nya x kenal kot! Ceh! Walaupun rupamu tidak ku ingat,tapi lubang hidungmu tetap dalam ingatan! hehehehe...so,jangan perasanlah ye...cikgu-cikgu ni biasanya ingat muka murid2 (walaupun nama kadangkala x ingat). Saya berdoa semoga diberikanlah mereka2 ini petunjuk ke jalan yang benar sebelum terlambat......aaamiiin ya rabbal alamiin...
   Kepada pelajar-pelajar, jangan sesekali  menganggap sijil SPM ini tidak penting untuk masa depan kamu! Sijil dengan keputusan yang cemerlang akan memudahkan kamu untuk membuat pilihan bidang kerjaya di peringkat Universiti.  Beberapa orang pelajar tingkatan 5 tahun lepas memberitahu saya bahawa selepas SPM mereka mau kerja saja di mana-mana yang tidak memerlukan keputusan yang baik. Janji kerjanya Halal. Kesudahannya? Keputusan SPM mereka baru-baru ini memang Lingkup habis! Semua subjek gagal! Mana tidaknya gagal kalau dari awal lagi minda sudah di set untuk tidak mahu belajar dan cita-cita mereka hanya setinggi kutu rambut! Yang lucunya pula, mereka-mereka ini jugalah yang excited datang untuk mengambil keputusan SPM! Namun begitu, saya tetap berharap semoga mereka beroleh kejayaan dalam kerjaya yang mereka pilih nanti, aamiin. Golongan ini sebenarnya telah memilih jalan yang mudah semasa belajar, dan akhirnya berkesudahan di jalan yang susah dalam mencari rezeki yang halal. Sekiranya anda sebagai pelajar memilih jalan yang susah semasa belajar, InsyaAllah kalian akan ditemukan jalan yang senang dalam mencari rezeki. Bak kata pepatah, Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kalau kamu bersenang-senang dahulu masa belajar, alamatnya akan bersusah-susahlah kamu di kemudian hari ! Renung-renungkan!