SOALAN SPM PSV KERTAS 2 2011 (TERKINI!)

  Akhirnya hari yang dinantikan telahpun tiba....,soalan PSV kertas 2 sudah pun diedarkan pagi tadi. Berikut adalah soalan-soalannya....

*Jawab satu soalan sahaja

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.
2. Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam.
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

3. Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah.
Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan dan ruang.

4. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan pergerakan air.
5. Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan ruang.
6. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang indah.
Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

TIPS & NASIHAT:

  Pilih soalan yang anda betul-betul yakin boleh lukis dalam tempoh 3 jam. Setelah pilihan dibuat, cari gambar-gambar yang berkaitan dengan soalan itu melalui mana-mana search engine.(cikgu lebih suka guna GOOGLE). Save dan print out gambar-gambar tersebut. Hasilkan seberapa banyak lakaran menggunakan sudut padangan yang berlainan berdasarkan idea sendiri serta gambar-gambar yang sudah dicetak. Minta pandangan ahli keluarga dan kawan-kawan tentang lakaran yang mana satu yang menarik. Setelah mendapat satu lakaran yang sesuai, warnakan. Haaa...bab mewarna ni ramai yang lemah, jadi nasihat cikgu ialah, pilih jenis warna yang anda betul-betul mahir. Jika tidak mahir menggunakan teknik catan, teknik lukisan pun boleh digunakan. Apa beza lukisan dan catan?? Aiiii....dah form 5 pun tak tahu lagi ke? Semak semula nota PSV kalian :)
  Semasa memilih soalan, elakkan memilih soalan yang mempunyai figura dan haiwan iaitu soalan nombor 1 dan 3 sekiranya anda  kurang mahir. Sekiranya anda mempunyai imaginasi yang tinggi, soalan nombor 2 dan 6 adalah 'makanan' untuk anda. Soalan nombor 4 merupakan soalan yang nampak mudah namun anda perlu menekankan kepada kemahiran mengolah garisan untuk menghasilkan jalinan-jalinan pada batang pokok serta aliran air sungai. Soalan nombor 5 pula sangat sesuai bagi calon yang suka melukis alam benda. Soalan ini juga mudah namun anda pastikan penggunaan perspektif dan ruang dalam lukisan ini adalah tepat bagi menghasilkan lukisan yang cantik dan nampak realistik. 
   Disini cikgu  kongsikan beberapa gambar yang boleh digunakan sebagai rujukan:  

SOALAN 1

                                   
SOALAN 2


SOALAN 3


SOALAN  4


SOALAN 5






SOALAN 6



 Di sini cikgu letakkan link sebuah blog yang membincangkan dan memberi contoh lakaran untuk soalan PSV kertas 2 ni. http://senivisual1.blogspot.com. Apapun rajin-rajinlah buat lakaran, dan minta nasihat dari guru anda.Semoga Berjaya!

8 ulasan:

  1. Gambar-gambar diatas hanyalah beberapa CONTOH untuk mendapatkan idea. Buatlah olahan dan penambahan agar ia menepati kehendak soalan.

    BalasPadam
  2. cikgu,kalo soalan number 3 tu,bleh lukis kartun ka??rannya ni,,hehehe...

    BalasPadam
  3. Soalan nombor 3 kena lukis realistik.Tak boleh lukis kucing kartun2 :) Soalan nombor 2 dan 6 boleh.

    BalasPadam
  4. Semasa mewarna, pastikan anda mengaplikasikan prinsip penegasan dan kontra agar hasil karya menjadi lebih menarik. Contoh untuk soalan nombor 3,warnakan anak-anak kucing dengan warna-warna panas dan cerah.(contoh:kuning,oren,putih) manakala latarbelakang dan lantai gunakan warna-warna yang sejuk(contoh:biru,hijau,ungu) atau warna-warna gelap (hitam,kelabu,coklat gelap,biru tua).

    BalasPadam
  5. kalau nombor 3 sy bt sikit saje xpe ke ...

    BalasPadam
  6. cikgu nape contoh soalan nombor 3 takde kat http://senivisual1.blogspot.com

    BalasPadam
  7. ameer berkata.....
    soalan num 4 boleh warna tak? dalam soalan dia katamenyekataliran air air anak sungai tapi air itu pergi selekoh cikgu? macam mana?

    BalasPadam
  8. Kepada 'Tanpa Nama'--- soalan nombor 3 tu maksud kamu buat sikit anak2 kucingnya ke? Untuk soalan tu, minimum jumlah anak2 kucing adalah 3 ekor. Terlebih boleh, jangan terkurang :)

    Kepada 'Hafiz' ---- contoh soalan nombor 3 kat blog senivisual1....cuba cek...

    Kepada Ameer ---- Soalan 4 memang perlu diwarnakan.Gambar2 yg ada dlm blog ni hanya contoh gambar sungai semata-mata.Bukan gambar yang sepatutnya kamu lukis :) sila ke blog---> senivisual1.blogspot utk dpt contoh lakaran...:)

    BalasPadam