HISTERIA???

"Ada antu!! Waarrghhhh!!"

 #PART 1 (17-18 FEB 2011)
  Pada hari khamis lepas,beberapa orang pelajar perempuan (knpa msti prmpuan?) tingkatan 2 telah diganggu oleh makhluk halus. Kejadian berlaku pada sessi petang dan budak yang terkena histeria ni asyik menyebut nama seorang rakannya iaitu 'tut!'(bukan nama sebenar hehe). Saya pun kurang pasti tentang kejadian pada hari tu kerana sya mngajar sessi pagi. Keesokan harinya saya mngajar sessi petang pula dan kjadian histeria ni bersambunglah pulak. Beberapa orang pelajar perempuan juga yang terkena dan mereka pun masing2 menyebut nama si 'tut!' ni dan insist mau berjumpa dengannya. Well, budak yg bernama  ni sbenarnya budak asrama, dan disebabkan takut n bimbang kerana dirinya di 'wanted' oleh mkhluk halus ni, maka dia mngambil kputusan utk balik rumah dan tidak hadir kesekolah pada hari jumaat. Beberapa orang guru dan ustaz mngambil peranan dalam proses penyembuhan pelajar2 yang terkena histeria ni....,syukur alhamdullillah, pelajar2 ni beransur pulih dan 2 daripadanya telah di bawa pulang oleh ahli keluarga...
  Sekiranya ada pelajar2 yang sedang membaca blog ni, saya sbagai guru nak menasihat, mulut jaga sikit bila ternampak makhluk2 dari alam ghaib ni. Better buat tak nampak je dan jangan tegur or say anything at all!(Speaking lah pulak hehe).Bacalah ayatul Kursi, InsyaAllah kita akan dilindungi Tuhan.....


# PART 2 (21 FEB 2011)
   Hmmm...,seperti yang dikhuatiri, kejadian histeria / pelajar-pelajar kerasukan bersambung lagi kelmarin (isnin). Kali ni dia menyerang pelajar-pelajar sessi pagi dan lebih kurang 40 orang pelajar perempuan terkena. Habis riuh rendah satu sekolah dengan bunyi pelajar menjerit sana sini. Kekecohan melanda apabila seorang demi seorang pelajar 'dijangkiti' histeria ini. Yang menyebabkan mereka begini ialah apabila mereka terlihat makhluk halus di sekitar sekolah. Bila sudah ternampak tu, apalagi...,menjerit-jerit lah mereka ketakutan...  Ada beberapa orang pelajar perempuan yang kuat semangat dan terlihat makhluk itu, tapi mereka buat tak layan jerr...
      Kali ni, khabarnya (ntah betul ke idak ni) punca makhluk ni menyerang bukan kerana mencari pelajar yang bernama 'tut!' tu lagi, yang ni makhluk halus yang lain dan tujuannya adalah untuk membalas dendam atas kematian anak-anaknya yang disebabkan oleh perbuatan seorang guru yang tidak disengajakan.....ish...ish...ish.....betul ke ni?? Wallahualam...
     Walaubagaimanapun hakikatnya kita di dunia ini memang berkongsi tempat tinggal dengan makhluk-makhluk halus ini cuma kita tidak nampak mereka dengan mata kasar...., dalam islam, benda ini ada diajar dan kita juga diingatkan supaya tidak mencurahkan air panas atau kencing di tempat-tempat yang tertentu kerana dikhuatiri akan membunuh makhluk halus secara tidak sengaja.... wallahualam....
   Hari ini (selasa) sekolah kosong kerana semua pelajar-pelajar ke stadium sukan untuk acara sukan tahunan. So, tiadalah berlaku kes histeria...,besok bagaimana pula ya? Saspen pula......

# PART 3 (23 FEB 2011)
   Syukur Alhamdullillah....pada hari ini nampaknya keadaan di sekolah sudahpun stabil. Tidak ada lagi berlaku histeria, cuma adalah sorang pelajar perempuan yang pening2 rasa macam mau histeria tapi telah disuruh balik ke rumah untuk berehat. (rasanya pelajar ni mengada-ngada je ni...)
  Pihak sekolah telah membuat perhimpunan khas dan beberapa orang guru telahpun memberi pandangan mereka mengenai kes ini. Akhirnya persoalan tentang kenapa mesti perempuan yang terkena histeria sudahpun terjawab. Kenapa? Pihak kauselor menerangkan bahawa majoriti pelajar-pelajar yang terkena histeria pada hari isnin lepas adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah peribadi dan berada dalam keadaan stress! So bila kita berada dalam keadaan tertekan seperti itu, adalah mudah untuk kita menjadi histeria / hilang akal. Makhluk halus pun senang untuk berdamping dengan kita. Hmmm....,kalau difikirkan ada juga benarnya...,orang perempuan ni banyak menyimpan dan memikir pelbagai masalah....,so no wonderlah kalau perempuan lebih banyak terkena histeria ni. Ada juga yang buat2 histeria pada hari isnin lepas...,haa...yang ni kes minta perhatianlah pula!Saya pernah mengalami kes pelajar buat2 histeria beberapa tahun yang lalu...,sekali renjis air dimuka terus je sedarr....nampak sangat mengada-ada...hahaha
  Apapun, semoga kes ini tidak berulang lagi....aamiin...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan