Isnin, 13 Jun 2011

KECEWA SEORANG GURU....

 Hari pertama selepas 2 minggu  bercuti merupakan hari yang sangat-sangat tidak digemari oleh para pelajar dan tidak kurang juga oleh para guru :) Iyalah...dah best2 bercuti, jalan sana sini, balik kampung, tengok TV 24 jam, surf internet sampai sakit mata...dan banyak lagi aktiviti2 santai....,tup!tup! kena balik ke sekolah semula....
 Walaubagaimanapun, sebenarnya apa yang saya sebagai seorang guru harapkan selepas diberi cuti selama 2 minggu ni ialah untuk melihat minda pelajar2ku  segar kembali dan bersedia untuk belajar serta menerima ilmu....,namun harapan tinggal harapan bila melihat muka pelajar2 yang tidak bermaya je (padahal baru masa pertama tu!), lepas tu tiada seorang pun ingat nak hantar kerja yang diberi sebelum cuti sekolah! Kecewa! Sangat2 Kecewa!!
 Wahai pelajar-pelajarku yang bakal memimpin negara dimasa hadapan....bangkitlah kalian dari tidur!!! Kasihanilah Ibu Bapamu yang menaruh harapan setiap kali kamu melangkah keluar ke sekolah......, kalau tidak mahu kasihani sesiapa....,sekurang-kurangnya kasihanilah dirimu sendiri kerana kamu bakal hidup dalam kesusahan sekiranya malas berusaha ketika usiamu masih muda remaja!