Isnin, 4 April 2011

Takziah buat keluarga Allahyarham Saiful Syazani ....

 Mula-mula sekali lagi saya nak ucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Saiful Syazani Saiful Sopfidee (7 tahun) yang telahpun meninggal dunia akibat kecederaan teruk dibelasah oleh guru @ warden asrama!
 Saya sebagai warga pendidik merasa teramatlah sedih, terkejut dan malu dengan berita ini kerana punca kematiannya adalah disebabkan oleh perbuatan kejam seorang yang bergelar guru! Walau apapun kesalahan seseorang pelajar, tindakan membelasah pelajar adalah diluar etika kerja seorang guru!! Apatah lagi Allahyarham ni baru berusia 7 tahun! Kenapa sampai begitu kejam sekali hukuman yang diberi??? Menurut sumber berita, semuanya gara-gara duit sebanyak RM7.00 milik seorang pelajar yang dipercayai telah dicuri oleh Allahyarham. Aiyoo! RM 7 ringgit saja pun mau belasah ka? Kalau rasa tak boleh nak handle budak tu kerana terlalu geram ataupun marah..., mintalah bantuan daripada rakan-rakan guru yang lain....jangan mengambil tindakan seorang diri!! Jangan emosi!! Sekarang ni, cakap banyak pun sudah tidak berguna!!
  Semoga nasib Allahyarham mendapat pembelaan yang seadil-adilnya...., dan semoga kejadian seperti ini menjadi iktibar kepada semua warga pendidik di luar sana agar dapat mendidik pelajar dengan cara yang paling berhemah, bukannya dengan cara samseng dan tidak bertamadun! Lagi satu, kepada guru-guru yang jenis panas baran ni, elakkan diri dari berhadapan dengan situasi yang boleh mendatangkan kemarahan (sebagai guru, mmg mustahil  utk mengelak!), kalau terpaksa juga berhadapan, maka seperti yang saya katakan tadi...,minta bantuan rakan...., banyak-banyak beristighfar...kerana seperti yang kita sedia maklum, bila diturutkan perasaan marah, Syaitan akan menguasai diri dan fikiran kita pastinya tidak akan waras lagi pada masa itu!
  Mudah-mudahan guru ini cepat-cepatlah bertaubat kerana kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan....
  Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat Illahi....aamiin...ya rabbal alamiiin...