Rabu, 6 November 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2013 :)

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua :) Hmmm.....agak lama juga sya tdk menjenguk blog sya ni...., last sekali sya update blog ni ialah pada November 2012. Waaahhh....,genap setahun tu! Ntahlah...., tahun 2013 rasanya tahun yang agak sibuk bagi saya sampaikan terlupa nak 'update' blog sya ni :/
 Sedar tak sedar hari ni dah pun bermula peperiksaan SPM 2013. Apapun...,pada kesempatan ini saya mendoakan agar semua calon-calon SPM berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat dan tenang...,aamiiin....


Sabtu, 10 November 2012

PBS - memudahkan atau menyusahkan??

  Biasanya setiap kali cuti hujung tahun bermula, warga pendidik adalah antara orang-orang yang paling 'gumbira' kerana inilah masa yang dinanti-nantikan untuk merehatkan bukan sahaja badan tapi mental dan emosi juga dapat berehat setelah bergelumang dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai karenah setiap hari. Pelanggan?? Eh? Siapa pelanggan kami?? Sudah tentulah pelanggan kami ialah para pelajar yang kami kasihi :))  Namun...kadang2 tu....bila terlalu sibuk buat urusan2 perkeranian....,pelanggan kami sering terabai hingga mereka pun tidak sudi untuk datang ke kedai kami (sekolah le...hehe)...dan bila tumpuan kepada pelanggan tidak seberapa....maka kualiti perkhidmatan kami kepada mereka pun berkurang.....,maka akhirnya....,pelanggan yang akan keluar dari kedai kami adalah pelanggan yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat perkhidmatan yg sepatutnya mereka dapat...,eh!melalutlah pula...hehe
   Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan pendapat serta pengalaman saya iaitu tentang PBS atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang baru diperkenalkan diperingkat menengah atas bagi menggantikan sistem peperiksaan bertulis PMR. Adakah sistem PBS ini lebih baik berbanding PMR?? Bagi saya...,secara teorinya sistem ini memang cantik dan nampak lebih baik kerana pelajar tidak terikat dengan sistem peperiksaan... dan mereka akan dinilai berdasarkan kemahiran serta pengetahuan mereka yg sebenar tentang setiap topik yang telah dipelajari. Maksudnya...,pelajar akan mempraktikkan semua perkara yang dipelajari dan cara ini lebih berkesan untuk menguji kefahaman seseorang pelajar berbanding sistem peperiksaan yang mana pelajar lebih kepada menghafal tetapi tidak tahu apa benda yang dihafalnya.....,hmmm...kira OK jugalah PBS ni kan??
  Tapi....,apa yang menyebabkan sistem PBS ini menjadi satu bebanan kepada guru dan pelajar ialah apabila ianya diperkenalkan secara tergesa-gesa...,kelam kabut....,lewat ditaklimatkan kepada guru-guru tingkatan 1....,maklumat tentang cara perlaksanaan yang agak kabur....,tidak ada peruntukkan khas untuk kos membeli fail untuk setiap pelajar...., tidak ada tempat yang khusus dan selamat untuk guru-guru menyimpan fail-fail pelajar yang bertimbun (terpaksa letak bawah meja atau selit kat mana2 je...).....,pihak pentadbiran yang tidak peka dengan keperluan dan kepentingan PBS....., serta masa yang tidak mencukupi untuk menyiapkan setiap tugasan yang terdapat dalam setiap Band....dan bermacam-macam lagi masalah teknikal. Ini semua menyebabkan ramai guru tertekan...,ada yang siap ditahan diwad kerana stress! Segala penyakit mula timbul seperti darah tinggi....sakit jantung....lelah dan macam2 lagi...,bukan saja dikalangan guru, tetapi juga dikalangan pelajar...:(
   Saya antara yang terlibat dalam menjalankan PBS disekolah saya.....,dan pelajar-pelajar yang baru tingkatan 1 mula merungut dan tertekan kerana setiap subjek menyumbatkan mereka dengan folio...,kerja rumah...,produk-produk dan bermacam-macam lagi hingga mereka rasa hilang semangat untuk belajar dan penat kerana terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan pelbagai eviden yang dituntut dari setiap subjek....,sedih melihat situasi mereka ini.....
   Apapun...bagi saya, sekiranya sistem ini ditaklimat dan dibengkelkan secara menyeluruh sejak tahun lepas lagi (2011) kepada guru-guru tingkatan 1 sebelum ianya dilaksanakan pada tahun ini, maka sistem PBS ini boleh kami jalankan dengan lebih baik walaupun mungkin masih dalam keadaan merangkak-rangkak. Pastikan dulu semua bahan dan keperluan mencukupi sebelum ianya dimulakan agar kami tidak kelam kabut dalam melaksanakannya. Kami juga mahukan anak murid kami berjaya, memahami dan mempraktikkan apa yang telah kami ajar....namun untuk mencapai kesepakatan dalam menjayakan PBS ini....., kami berharap agar pihak kementerian mengkaji dahulu sedalam-dalamnya impak perubahan ini...,tangani dulu kecacatan yang ada dalam sistem ini sebelum diserah kepada kami untuk melaksanakannya.....
   Saya memujuk pelajar-pelajar saya untuk bersabar....,kerana insyALLAH tahun depan kekalutan yang berlaku pada tahun ini tidak akan berulang ke tahun hadapan....,tapi sejauh mana kebenaran kata-kata pujukkan saya itu....,semuanya bergantung pada pihak atasan......
   Kesimpulannya....,menyusahkan ke tidak PBS ini?? Hanya guru-guru serta pelajar-pelajar yang terlibat sahaja yang tahu situasinya dan dapat memberikan jawapan yang paling tepat!
# Kami guru Malaysia......berikrar dan berjanji......

Rabu, 19 September 2012

Laman Blog--> latihan untuk menghasilkan sebuah laman web sendiri secara percuma :)

 Baru-baru ni semasa mengajar topik 'Multimedia', ada pelajar yang bertanya tentang asas penghasilan sesebuah laman web. Nota dalam buku rujukan memang dah cukup lengkap...,cuma untuk membuat sebuah laman web yang betul-betul disiarkan di alam maya ini...,agak sukar kerana setiap laman yang dibuat ada bayaran yang dikenakan. Fikir punya fikir, lantas saya mendapat idea untuk menyuruh pelajar mencuba menghasilkan laman blog sendiri. Ini kerana perkara-perkara asas dalam menghasilkan sebuah laman web yang sebenar adalah menyerupai proses menghasilkan sebuah laman blog. Jika pelajar berjaya menghasilkan sebuah laman blog yang menarik, mempunyai link yang berfungsi, ada elemen audio, grafik dan video...,maka bagi saya pelajar itu sudah memahami konsep asas dalam menghasilkan sebuah laman web yang sebenar. Selamat Mencuba :)

Selasa, 7 Februari 2012

KRSV SPM 2012

   Pada 1 Feb yang lalu, maka tersebarlah soalan untuk Kertas 3 PSV (KRSV) SPM bagi tahun 2012. Tugasan-tugasanya agak rumit sedikit berbanding tahun lepas, namun dari 9 pilihan jawapan, terdapat 2 tugasan yang menjadi pilihan ramai guru dan calon diseluruh negara. Tugasan-tugasan yang menjadi tumpuan ialah soalan nombor 1 (REKA CORAK KASUT KANVAS) dan nombor 4 --(BEG MEMBELI-BELAH). Di sekolah saya, calon-calon kebanyakkannya memilih soalan no.1 dan 4. Namun ada beberapa orang juga yg memilih untuk membuat tugasan no.2 (RUANG BILIK BAYI) dan no.7 (IKLAN TRANSIT). Bagi yang masih bingung dan keliru untuk memilih, cikgu nasihatkan kamu memilih berdasarkan kemahiran serta minat kamu. Jangan terpengaruh oleh pilihan rakan-rakan kerana setiap individu ada kekuatan dan kemahiran seni visual yg berbeza.
Bagi yang belum mendapat soalan KRSV ini, anda boleh download dari sini ----> http://www.moe.gov.my/lp/files/pbs/spm/2012/2012%202611-3/2012%202611-3%20QP%20CRC.pdf
    Selamat berjuang dan rajin-rajinlah mencari bahan rujukan di internet serta media-media cetak, dan sentiasalah berjumpa dengan guru PSV anda untuk keterangan lanjut :))

  * Contoh gambar untuk 2 soalan yang popular iaitu:
1)REKA CORAK KASUT KANVAS ---TEMA: HIDUPAN MARIN



4) BEG MEMBELI-BELAH ----TEKNIK BATIK IKAT CELUP

Ahad, 4 Disember 2011

Rancangan RM 1,000,000 Money Drop -- Pentingnya ILMU pengetahuan....

  Semalam saya menonton sebuah lagi rancangan baru terbitan ASTRO iaitu Money Drop. Saja je nak tengok macamana konsep rancangan ni sebab iklan yang dikeluarkan oleh pihak ASTRO sebelum ni punyalah gempak dan menarik perhatian :)
  Secara keseluruhannya rancangan ini memang bagus kerana ia menguji ilmu pengetahuan peserta-peserta yang bertanding. Jika pesertanya mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai perkara, maka pertandingan ini umpama makan kacang je. Tapi jika ilmu pengetahuannya hanya terbatas kepada aspek-aspek tertentu sahaja, maka pertandingan ini akan menjadi sukar. Yang bestnya, dalam rancangan ini kita dapat melihat secara visual  betapa bernilainya sesuatu ilmu pengetahuan itu kerana jika peserta memilih jawapan yang salah, duit akan jatuh begitu sahaja! Sungguh dramatik dan menakutkan, namun itulah hakikat sebuah kehidupan. Yang berilmu akan berjaya, yang tidak berilmu pasti akan berada dalam kerugian seandainya tidak ada usaha untuk mengubahnya.

Khamis, 1 Disember 2011

CIKGU YANG TIADA OTAK ??

  Semasa saya ber 'blogwalking', saya terbaca satu entri yang menarikdan lucu. Jadi saya tergerak untuk re-post entri tersebut di sini. Selamat membaca :)

Ade seorg guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak² di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.
Dia pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak², nampak tak pen ni..??
Anak² : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan..??
Anak² : Ade cikgu.

kemudian guru tadika td memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian dia bertanya lg..

Guru tadika : Anak², nampak tak pen..??
Anak² : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak..??
Anak² : takde cikgu.
Guru tadika: Anak² nampak tuhan tak..??
Anak² : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ade tak..??
Anak² : takde cikgu.
Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan dia nak brain wash otak bdk² tu berjaya. Ttp dlm byk² bdk tu ade seorg bdk yg pintar, dan dia pun mengangkat tgn...
Bdk Pintar : Cikgu, boleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Bdk Pintar : kwn² nampak cikgu tak..??
Kwn² : nampak.
Bdk Pintar : cikgu ade kan..??
Kwn² : ade.
Bdk Pintar : kwn² nampak otak cikgu tak..??
Kwn² : tak nampak.
Bdk Pintar : cikgu ade otak tak..??
Kwn² : tak ader. Keh..keh..keh.. padan muke cikgu!

Rabu, 30 November 2011

SEMOGA BERJAYA KEPADA CALON PSV SPM 2011!!

  Besok (1 Disember) merupakan hari untuk calaon-calon PSV SPM menjawab soalan Kertas 2. Cikgu nasihatkan agar kalian pastikan ada membawa peralatan melukis dan mewarna yang mencukupi (jangan harap nak meminjam ngan kawan je...). Elakkan dari membuang masa dalam proses membuat lakaran. Buat dalam 5-6 minit je lakaran tu. Tak payah tekan sangat pensel tu sebab kalau silap, susah....lagi nak memadamnya. silap2 kertas boleh rosak dibuatnya . Masa yang selebihnya adalah untuk proses mewarna dan membuat perincian lukisan. Pastikan juga hasil karya kamu tu kemas ye.
             Selamat Berjuang dan Semoga Berjaya mendapat A+ untuk subjek PSV :)))

Jumaat, 25 November 2011

Soalan PSV kertas 2 SPM 2011

 Soalan dah diberi, pada pendapat saya soalan-soalannya agak mudah namun calon-calon haruslah memilih berdasarkan kemampuan diri dan bukannya terikut-ikut dengan pilihan rakan-rakan. Untuk info lanjut, sila klik pada page yang saya buat khas untuk kertas soalan PSV 2 ini. (Ada kat tepi sebelah kiri blog). Selamat membaca :)

Rabu, 23 November 2011

Penyerahan wang bantuan persekolahan RM100....

  Pagi tadi saya terlibat dalam membahagikan wang bantuan persekolahan kepada ibu bapa. Sebenarnya ini merupakan hari kedua penyerahan wang dilaksanakan memandangkan sekolah kami memberi peluang kepada mana-mana ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk datang kelmarin agar datang pada hari ini.
  Hadiah yang diberikan oleh pihak kerajaan ini disambut dengan perasaan gembira dan lapang dada oleh ibu bapa terutamanya yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. Wang ini seharusnya dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan untuk sessi persekolahan tahun depan. Namun, agak mengecewakan apabila ada beberapa pelajar yang menganggap duit itu hak mutlak mereka dan mereka berhak menggunakannya untuk tujuan mereka sendiri.
  Saya sendiri sempat melihat insiden pertengkaran kecil diantara anak dan ibunya setelah menerima wang. Si ibu mahu anaknya menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah di koperasi sekolah, tapi si anak pula berdegil tidak mahu. Sedih juga melihat keadaan ibu pelajar tersebut yang bengang kerana anaknya tidak mahu mendengar kata. Dalam satu lagi insiden lain, seorang pelajar perempuan cepat-cepat merebut duit dari tangan cikgunya sebelum sempat cikgu tersebut meyerahkan kepada ibunya. Ada ke patut??
  Ironinya, semasa sessi penyerahan wang, hampir 90% ibu bapa datang ke sekolah. Namun semasa mesyuarat PIBG atau majlis-majlis lain anjuran sekolah, peratus kehadiran ibu bapa amat mengecewakan! Tak sampai 50% ibu bapa yang hadir. Kelmarin, ada seorang bapa pelajar yang mempunyai masalah kehadiran, datang untuk mengambil wang. Bila guru kelasnya bertanya kenapa sebelum ini bapa pelajar ini tidak pernah datang ke sekolah walaupun telah di kirim surat amaran ketidakhadiran anaknya serta di telefon beberapa kali oleh pihak sekolah?? Bapa pelajar tersebut mulalah memberi seribu satu alasan yang tidak munasabah....hmmm....sabor je lah!
  Harapan saya agar wang yang telah diberikan dapat dibelanjakan untuk keperluan persekolahan anak-anak dan bukan untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya.....

Selasa, 22 November 2011

Cadangan Aktiviti Semasa Cuti Sekolah Akhir Tahun 2011.....

  Cuti sekolah kembali lagi, maka berseri-serilah wajah pelajar-pelajar kita kerana boleh berehat, berekreasi, jalan-jalan bersama keluarga dan pelbagai lagi aktiviti yang seronok. Kami pula sebagai warga pendidik pun tumpang gembira jugalah sebab ye lah kan....cuti...siapa yang tak happy kan? Walaubagaimanapun, jangan salah sangka ya, guru-guru ni nama je cuti...tp banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan terutamanya yang berkaitan laporan-laporan, masukkan markah secara on-line, kemaskini fail-fail pelajar,fail-fail matapelajaran, membuat persediaan mengajar untuk tahun berikutnya dan macam-macam lagilah. Ramai juga guru yang terlibat dalam menjaga peperiksaan SPM dan STPM..., maka cuti pun kuranglah untuk mereka ini. Tapi takpelah kan...demi anak bangsa kita juga :)
   Di pihak ibu bapa pula, bila menjelang cuti sekolah terutamanya yang panjang, ramai yang pening kepala atas pelbagai sebab, antaranya ialah pening memikirkan nak bawa anak berjalan ke mana, duit perbelanjaan untuk bawa jalan-jalan, terpaksa meninggalkan anak dirumah bersendirian sementara mereka keluar bekerja, anak-anak asyik bergaduh dengan adik beradik (biasanya berlaku bila mereka dah boring sangat-sangat kat rumah) dan banyak lagilah. Sebenarnya masa cuti yang panjang ini terdapat banyak benda yang boleh dibuat bersama anak-anak selain daripada bawa berjalan yang pastinya mengeluarkan banyak duit. Antaranya ialah bermain 'board game' bersama seperti permainan 'Monopoly','Scrabble','Chess' dan banyak lagi permainan-permainan papan yang menguji minda dan boleh dimain oleh ramai pemain. Aktiviti ini menyeronokkan dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Satu lagi aktiviti ialah menggalakkan anak-anak membaca majalah, suratkhabar dan ensaiklopedia (jika ada) semasa cuti. Adakan pertandingan ke, supaya mereka lebih bersemangat untuk membaca. Sekiranya ibu bapa pun turut mengambil cuti, gunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti mengemas rumah, memasak, berkebun, bertukang bersama anak-anak. Selain memberi contoh teladan yang baik, kita akan dapat bersembang dan mengenali anak-anak dengan lebih dekat. Zaman sekarang ni ramai remaja yang suka memendam perasaan dan menyembunyikan identiti sebenar daripada ibu bapa, jadi sentiasalah berwaspada dan jadilah 'kawan' baik kepada anak.
   Kepada pelajar-pelajar, gunakan masa cuti ini untuk merehatkan minda dengan cara yang positif. Jika ada bakat dalam apa jua bidang seperti melukis, menjahit,menangkap gambar,memasak,bermain alat muzik dan sebagainya, inilah masanya untuk memupuk dan meningkatkan kemahiran dengan membuat latihan-latihan secara bersendirian, bersama rakan dan yang paling best ialah dengan keluarga :) Mana-mana pelajar yang dapat buku teks awal tu, silalah baca buku-buku tu sepanjang cuti supaya apabila bermula sessi persekolahan tahun hadapan, kamu sudah ada pengetahuan sedia ada dan lebih senang untuk memahami apa yang diajar oleh guru.
  SELAMAT BERCUTI! :)