Rabu, 23 November 2011

Penyerahan wang bantuan persekolahan RM100....

  Pagi tadi saya terlibat dalam membahagikan wang bantuan persekolahan kepada ibu bapa. Sebenarnya ini merupakan hari kedua penyerahan wang dilaksanakan memandangkan sekolah kami memberi peluang kepada mana-mana ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk datang kelmarin agar datang pada hari ini.
  Hadiah yang diberikan oleh pihak kerajaan ini disambut dengan perasaan gembira dan lapang dada oleh ibu bapa terutamanya yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah. Wang ini seharusnya dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan untuk sessi persekolahan tahun depan. Namun, agak mengecewakan apabila ada beberapa pelajar yang menganggap duit itu hak mutlak mereka dan mereka berhak menggunakannya untuk tujuan mereka sendiri.
  Saya sendiri sempat melihat insiden pertengkaran kecil diantara anak dan ibunya setelah menerima wang. Si ibu mahu anaknya menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah di koperasi sekolah, tapi si anak pula berdegil tidak mahu. Sedih juga melihat keadaan ibu pelajar tersebut yang bengang kerana anaknya tidak mahu mendengar kata. Dalam satu lagi insiden lain, seorang pelajar perempuan cepat-cepat merebut duit dari tangan cikgunya sebelum sempat cikgu tersebut meyerahkan kepada ibunya. Ada ke patut??
  Ironinya, semasa sessi penyerahan wang, hampir 90% ibu bapa datang ke sekolah. Namun semasa mesyuarat PIBG atau majlis-majlis lain anjuran sekolah, peratus kehadiran ibu bapa amat mengecewakan! Tak sampai 50% ibu bapa yang hadir. Kelmarin, ada seorang bapa pelajar yang mempunyai masalah kehadiran, datang untuk mengambil wang. Bila guru kelasnya bertanya kenapa sebelum ini bapa pelajar ini tidak pernah datang ke sekolah walaupun telah di kirim surat amaran ketidakhadiran anaknya serta di telefon beberapa kali oleh pihak sekolah?? Bapa pelajar tersebut mulalah memberi seribu satu alasan yang tidak munasabah....hmmm....sabor je lah!
  Harapan saya agar wang yang telah diberikan dapat dibelanjakan untuk keperluan persekolahan anak-anak dan bukan untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan