Rabu, 16 November 2011

Guru bekerja 9 jam mulai tahun 2012....

  Rasanya tak lengkap blog ini jika tidak menulis tentang isu yang sedang hangat diperkatakan oleh  guru-guru 1 Malaysia iaitu isu tambahan waktu bekerja guru dari 6 jam ke 9 jam mulai tahun 2012. Setelah membaca pendapat-pendapat dari pelbagai pihak dari pelbagai sumber, bolehlah saya simpulkan bahawa majoritinya kurang bersetuju...., kalau ada yang bersetuju pun, setuju denga syarat. Walaupun pada peringkat awal (percubaan selama 6 bulan) sekolah yang terlibat hanya 4 buah sahaja....namun ia tetap menimbulkan reaksi kurang senang dikalangan guru. Bagi penjawat awam yang lain, mereka kebanyakkanya bersetuju dengan perubahan ini dan memandang sinis terhadap sikap guru-guru yang dikatakan lemah, malas, tak berani nak menyahut cabaran, suka merungut, demanding dan macam-macam lagi. Hmmmm.....,agak kecewa juga bila membaca komen-komen yang memperlekehkan bidang kerja guru yang kononnya terlalu senang, kurang stress, tak banyak kerja tapi banyak cuti....dll, tapi bila difikirkan, buat apalah nak melenting, ye tak? Hanya tuan empunya badan yang tahu betapa 'STRESS' nya bekerja sebagai guru ini kerana kami berhadapan dengan kerenah anak murid yang pelbagai dan ramai setiap hari. Ibu bapa yang mempunyai anak 3 ke 4 orang pun boleh stress, ni kan pula kami sebagai guru yang perlu menangani sekurang-kurangnya 40 ke 50 orang murid dalam setiap kelas. Kalau mau disenaraikan beban tugas guru di sini, rasanya terlalu banyak...,jadi tak payahlah....nanti orang lain kata guru-guru ni berkira pula...macam tak ikhlas je nak bekerja.
  Kembali pada isu yang sebenar, saya sebenarnya tidak boleh kata setuju ataupun tidak kerana belum mempunyai maklumat sebenar tentang kaedah perlaksanaan sistem ini di sekolah. Bagi saya, 9 jam masa bekerja bukanlah satu masalah bagi kami sebagai warga pendidik kerana sebelum ini masa bekerja kami untuk sehari melebihi daripada 9 jam sebenarnya. Ramai orang tidak menyedari hakikat ini...,asyik kata guru kerja setengah hari je...,dengkilah tu...:P
  Sebenarnya yang menjadi kebimbangan saya dan kebanyakkan guru ialah tentang kebajikan pelajar itu sendiri! Guru tetap guru, sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar berbanding diri sendiri, dan dalam isu ini....saya sendiri terfikir tentang makan minum mereka, perbelanjaan harian mereka yang semakin bertambah, kurangnya masa rehat mereka, kurangnya masa bersama keluarga dan macam-macam lagi. Bagi yang bakal balik sekolah jam 6.30 petang tu, tidakkah ianya terlalu lewat? Di negeri Sabah dan Sarawak, 6.30 petang tu dah Maghrib dah tu! Bagaimana dengan pelajar yang balik dengan berjalan kaki, naik bot, naik turun bas sampai 3 kali untuk sampai kerumah??? Bahaya sungguh jika mereka ini balik lewat terutamanya bagi pelajar-pelajar perempuan!
  Walau apapun, saya amatlah berharap JIKA sistem ini akan dilaksanakan di semua sekolah kelak, kebajikan pelajar dan guru perlu dipandang serius kerana proses P&P hanya akan berkesan sekiranya minda pelajar dan guru berada di tahap yang normal dan bukannya dalam keadaan tertekan. Tambahlah waktu bekerja dan waktu belajar sampai 20 jam sekalipun....,ianya tidak akan mendatangkan hasil positif kepada pelajar sekiranya tempat utk menyimpan ilmu @ otak berada  dalam keadaan yang penat dan berserabut!
P/S:  terkenang salah satu rangkap lagu yg selalunya famous masa sambutan hari guru.... " aku takkan bertanya....apakah nanti balasannya....setiap pengorbanan, setiap pemberian demi satu ikatan....,keikhlasan di hati....walaupun sering kau ragui...pada suatu masa dan suatu ketika akan ketara jua...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan